Persipan sebelum Pemeriksaan Kesihatan:
Ujian Darah
- Perlu berpuasa.
- Berpuasa selama 10 jam sebelum pemeriksaan (hanya sedikit air kosong dibenarkan).
Ujian Najis
- Botol spesimen boleh diperolehi dari Pusat Saringan Kesihatan ‘Health Screening Centre’.
- Bawa bersama spesimen najis pada hari temu janji.
- Di sarankan supaya tidak makan daging (merah) 3 hari sebelum mengambil spesimen.
- Jika spesimen diambil pada malam sebelumnya, pastikan bekas ditutup rapat dan disimpan pada suhu 4°C.
- Jangan mengambil spesimen najis semasa haid.
Pap Smear dan Ujian Air Kencing (wanita sahaja)
- Dilakukan 4 - 10 hari selepas hari terakhir haid.
Pemeriksaan Mamogram dengan Tomosintesis 3D
- Jangan guna wangian, deodoran atau bedak talkum sebelum pemeriksaan.
- Sebaik-baiknya dilakukan 7 hari selepas hari terakhir haid supaya lebih selesa semasa pemeriksaan.
Ujian Stres
- Berpakaian kasual, lebih baik jika berpakaian sukan dan kasut sukan.
- Jangan guna losyen, minyak atau bedak dibahagian dada.
- Jangan makan berlebihan sebelum pemeriksaan.
- Jika anda ada mengambil ubat-ubatan, sila patuhi arahan doktor anda sebelum dan selepas pemeriksaan.
X-ray Dada / lain-lain Pengimejan
- Sila maklumkan jika anda hamil supaya ujian tidak dijalankan.
Bawa bersama kad pengenalan atau passport yang sah.
Pakej
Pelan penjagaan kesihatan kami Pakej Asas, Pakej Essential, Pakej Enhanced dan lain-lain ujian jika perlu.